a.comment-link:before{content:"1050";}

IT ALL ABOUT ME AND MY LIFE...!

A builder, hard worker, honest, with your feet planted squarely on the ground, you bring structure to the world. Your work requires a tangible finished product at completion. You are excellent at details and routine. Your economical and practical side make...s you a good accountant, efficiency expert, programmer. Analytical and organized, you bring order for others. It is possible that you could work in the field of law and order, as you can assume much responsibility and help to protect others. Your work has an earthly quality to it, and you are here to experience the world as a structured place.

Friday, 11 February 2011

kau bukan untuk ku -part 1

Suara anak kapal mengumumkan ketibaan penerbangan Mh001 dari London,mengejutkan aku dari tidur yang lena.Aku berdiri tegak sambil merenggangkan otot-ototku yang keletihan setelah melalui perjalanan selama 10 jam dari London untuk tiba ke tanah air ku MAlaysia.

"Syukur,Alhamdulilah.Sampai juga akhirnya",bisikku di dalam hati. Aku tidak sabar untuk keluar dari perut pesawat Airbus itu yang memuat seramai 220 penumpang.Aku menoleh ke arah tingkap,kelihatan  perkerja-pekerja Mas menyimpan barang-barang penumpang ke dalam perut pesawat boing 737 .

"Excuse me miss",Aku tersentak dari lamunan ku.Rupa-rupanya aku menghalang laluan penumpang yang duduk disebelahku .

"Oh,i'am sorry..",ucap ku tersengih.Aku cepat -cepat mengemas barangku ,kemudian berlalu pergi.Langkah ku percepatkan kerana aku ingin bertemu dengan seseorang yang amat ku rindu.Selama 7 tahun aku tidak menghantar apa-apa berita kepada mereka.Bukan kerana aku membuang darah daging ku tapi aku terpaksa pergi mencari harga diri yang selama ini hilang  ditelan dosa-dosa ku.Aku mempercepatkan langkah-langkah ku.Aku tidak sabar bertemu dengan Irma,kawan karib ku.Hanya melalui dia aku bertanya khabar tentang keluarga ku di Malaysia.

Dipintu keluar ketibaan ,mata ku melilau  mencari Irma.Aku mendail nombor telefon Irma,Operator pulak menjawab.Aku bengang seketika."Tak kan dia tak ingat aku sampai Malaysia petang ini."desis ku geram.Sambil menyorong troli ,aku masih berusaha mencari kalibat Irma.

"Mama!!"Jeritan itu...hatiku berbisik.aku pernah mendengar tetapi dimana.Aku segera mencari arah suara itu.Selang lima meter,kelihatan seorang budak  dengan ditemani orang yang amat ku kenal iaitu Ayah,ibu,Kak Ara dan Abang Arifin.Aku melopong seketika,tidak percaya apa yang ku lihat.Aku mencubit pipiku,sakit...Aku tidak bermimpi,ini realiti.!Budak perempuan itu berlari ke arah ku...

"Mama!Mama!"dia menghulur tangan nya minta didakap.Aku membalas dakapannya dengan erat sekali.

"Puteri Mama kah ini?Amira,anak mama kah ini?"soalku bertalu-talu.Aku tidak percaya apa yang berlaku di depan mataku.Kepulangan ku disambut oleh keluarga ku sendiri bahkan yang paling mengembirakan aku,anak ku,Amira yang kini berusia 6 tahun.Selama 6 tahun aku meninggal nya tanpa khabar berita,tetapi dia mengenaliku sebagai mama nya,aku cukup terharu !Aku berasa hairan bagaimana mereka boleh tahu kepulangan ku hari ini..dan yang pasti,persoalan yang memenuhi benak ku hanya  Irma  yang boleh menjawapnya.

"Mama,Amira rindu mama!Amira boring dengan nenek,tak suka dengan Auntie kecik.!Amira mahu dengan mama,Amira mahu diam dengan mama.."ucap Amira dalam esakkan.Amira mendakapku dengan erat,seolah-olah tidak mahu aku pergi dari nya lagi.

"Amira,mama juga rindu Amira..Amira satu satunya buah hati mama.Maafkan mama kerana tak ada disisi mu sepanjang usia Amira ini." jawapku dengan sayu.Air mataku berlinang."Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha pengampun dan penyayang.Aku mohon ampun atas dosa -dosa yang lalu dan aku mengucapkan syukur padaMu kerana memberi anak ini kepadaku.Dia sungguh lincah dan petaj bercakap.Terima kasih,Ya Allah."

Aku menyalami tangan ayah,ibu dan Kak Ara dan Abang Arifin.
"Ayah,ibu..maafkan Arini untuk dosa-dosa Arini yang lalu.Terima kasih juga kerana menjaga Amira untuk untuk Arini. "



------------to be continue-------------

No comments: