a.comment-link:before{content:"1050";}

IT ALL ABOUT ME AND MY LIFE...!

A builder, hard worker, honest, with your feet planted squarely on the ground, you bring structure to the world. Your work requires a tangible finished product at completion. You are excellent at details and routine. Your economical and practical side make...s you a good accountant, efficiency expert, programmer. Analytical and organized, you bring order for others. It is possible that you could work in the field of law and order, as you can assume much responsibility and help to protect others. Your work has an earthly quality to it, and you are here to experience the world as a structured place.

Sunday, 13 June 2010

PADAM KAN LAH API DENGKI MU

Padamkan Api Dengkimu..

DENGKI ibarat makanan yang dapat menghancurkan tulang. Dengki merupakan penyakit yang dapat menghilangkan kesedaran seseorang hingga menjerumuskan dirinya kepada kerosakan. Dengki itu adalah parasit yang bersarang di jiwa manusia dan sedikit demi sedikit memusnahkan diri seseorang. Dengki itu adalah racun yang dapat membunuh jiwa manusia, lantar mencampakkannya ke lembah kemurkaan TUHAN

Kata-kata hikmah ada mengungkapkan, "Tidak ada kata istirahat bagi orang yang dengki. Mereka adalah orang yang zalim yang berselimutkan kezaliman. Mereka ibarat musuh dalam selimut."

Lantaran itu,mari kita sama-sama menghapuskan sifat dengki dalam diri. Kikiskan segala tunas yang cuba menumbuhkan perasaan keji itu dalam diri kita. Ini kerana, dengan sifat dengki yang kita miliki, ia ibarat memakan daging kita sendiri dan meneguk darah sendiri

Orang yang memiliki sifat dengki ibarat orang yang menyalakan unggun api. Setelah panas dia terjun ke dalam unggun api tersebut.

Resah, sedih dan gundah merupakan penyakit yang ditimbulkan oleh sifat dengki. Sifat-sifat tersebut adalah sebahagian daripada natijah apabila dengki mula bercambah dalam hati seseorang. Orang yang dengki tidak pernah merasa puas dan rela terhadapapa yang telah menjadi ketentuan TUHAN ke atas dirinya. Mereka menuduh TUHAN tidak adil dalam pemberian dan mereka selalu melanggar apa yang telah digariskan.

Orang yang dengki adalah orang yang sakit. Amalannya tidak akan menghasilkan pahala daripada TUHAN. Musibah yang mereka terima tidak akan mendapatkan balasan kebaikan daripada TUHAN dan sifat dengki yang ada dalam dirinya tidak akan pernah hilang hingga maut datang menjemputnya. Dia tidak pernah merasakan kebaikan daripada orang lain dan setiap kebaikan yang diberikan orang lain akan berubah menjadi kedengkian. Hati mereka tidak pernah tenang menerima kebaikan orang lain, bahkan akan menjadi resah gelisah tatkala melihat kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

Orang yang dengki menginginkan sesuatu yang terbatas, tidak lebih daripada itu. Dia ingin anda mundur dan berada di belakang mereka. Mereka ingin segala kelebihan yang anda miliki hilang. Mereka ingin anda meninggalkan segala kebaikan yang anda miliki. Jika anda melakukan yang demikian maka mereka telah berhasil melakukan hal yang dapat mematikan potensi anda sehingga anda tidak akan dapat lagi bangkit. Mari kita berlindung kepada TUHAN dari penyakit dengki. Ia bagaikan ular hitam yang beracun. Ia tidak akan pernah tenang kecuali ia telah menggigit dapat maracuni orang lain.

Hindarilah penyakit dengki. Mintalah perlindungan kepada TUHAN dari orang yang bersifat dengki. Dengan demikian anda akan mendapat keselamatan dan perlindungan hakiki daripadaNYA.

No comments: